Rabu, 17 Jun 2009

Kes tempatan pertama Influenza H1N1 dikesan

Rabu Jun 17, 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencatatkan kes penularan tempatan pertama influenza A(H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan 17 tahun warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini berkata pelajar perempuan itu, yang merupakan kes ke19 positif influenza A, tidak mempunyai sejarah melawat negara yang telah diisytiharkan berlaku wabak itu.

Katanya pelajar itu menunjukkan simptom batuk dan selsema pada 14 Jun lepas, jam 9 malam dan mula demam keesokan harinya dan pada pagi 15 Jun pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada jam 10 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 ini melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 13 Jun lepas. Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kurantin awal ke atas kes ke19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn lupa tinggal kan msg! tq

Blog Widget by LinkWithin