Khamis, 23 April 2009

Kanak-kanak hilang dari Asrama Anak Yatim sejak 6 April


NURHIDAYAH Surip yang hilang sejak 6 April.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin memohon bantuan orang ramai mengesan anak saudara, Nurhidayah Surip berusia 11 tahun yang telah hilang sejak 6 April lalu.

Kanak-kanak berkenaan hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koop Polis, Gombak.

Maklumat yang diperoleh dari blog Zulkifli (http://zul4kulim.blogspot.com) berkata, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungo Abdul Razak Salim (017-7011038 atau 016-9326003) atau Sarjan Dalila di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

SMS ugutan ADUN Terengganu: Kerani 31 tahun ditahan seorang blogger


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abd. Halim Jusoh menunjukkan salinan aduan polis dan SMS ugutan yang diterimanya selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu pada 13 April lalu.

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan berhubung penghantaran SMS ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) awal minggu lalu dipercayai juga merupakan blogger yang menulis tentang isu-isu Terengganu.

Suspek tersebut kini ditahan selama empat hari untuk membantu polis Terengganu menjalankan siasatan mengenainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas.

Lelaki berkenaan berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Barisan Nasional terdiri Datuk Rosol Wahid (Ajil) Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) membuat laporan polis selepas menerima SMS yang mengancam keselamatan mereka.

Penghantaran SMS itu, dipercayai merujuk kepada desas-desus mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung minggu lepas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam reaksinya, Menteri Besar pula berkata, beliau lega dengan tangkapan suspek berkenaan manakala kakitangan pejabatnya tiada kaitan dengan penghantaran SMS berkenaan.

"Kebenaran akhirnya terbukti... Allah Maha Berkuasa... saya tahu bahawa ini akan diketahui satu hari nanti selepas pegawai pejabat saya memaklumkan saya bahawa perisian telah disalahgunakan oleh pakar IT di Kuala Lumpur," kata beliau apabila dihubungi.

BERITA TERDAHULU

KUALA TERENGGANU: Seorang kerani berusia 31 tahun ditahan di Seri Kembangan, Selangor bagi membantu siasatan berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu minggu lalu.

Kerani berkenaan ditahan semalam, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Pada 13 April lalu, tiga ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu membuat laporan polis selepas menerima SMS berbaur ancaman terhadap keselamatan mereka.

SMS berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut politik terbaru di negeri ini.

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu di Kuala Berang, kira-kira pukul 12.45 tengah malam.

Ia diikuti ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang membuat laporan sama di IPD Kuala Terengganu kira-kira pukul 12.55 tengah malam.

Mereka membuat laporan berkenaan selepas menerima SMS tersebut kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Abdul Halim berkata, beliau menerima SMS tersebut yang berbunyi "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?"

Beliau mendakwa SMS tersebut diterima daripada individu yang dikenalinya iaitu seorang pegawai kanan kerajaan negeri selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri.

Wakil rakyat itu percaya ia merujuk kepada desas-desus mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada Persidangan DUN.

  • E-mail this story
  • Print this story

« Kembali

Rabu, 22 April 2009

HANGAT DARI TERENGGANU


AHMAD SAID LANTIK PEMANDU AMBULAN, GRURU JADI PENGARAH GLC
- Harakahdaily


KUALA TERENGGANU, 21 April (Hrkh) - Tindakan melantik seorang pemandu ambulan sebagai Pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu. Iklan

Menurut sebuah akhbar online beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Dato' Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.


kah kah kah… INI MACAM WAK BOTOX NAGI 200 EKAR TANAH PADA PEMANDU…. kah kah kah…

kah kah kah… TAPI INI LAGI HEBAT... INI PEMANDU AMBULAN…. kah kah kah….

woit… INI LANGKAH YANG TEPAT PEMANDU AMBULAN JADI PENGARAH GLC KERANA SEMUA SYARIKAT GLC INI SAKIT….. kah kah kah...

ulasan oleh tukartiub.blogspot.com

Selasa, 21 April 2009

Elizabeth belum boleh lega, gambar baru muncul di internet?

MAJLIS... Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika menghadiri majlis perhimpunan bulanan di Shah Alam semalam. - foto The Star oleh K K SHAM

PETALING JAYA: Elizabeth Wong baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas bercuti selama dua bulan ekoran isu tersebarnya gambar separa bogel.

Walaupun Wong telah meminta agar "izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat" selepas diselubungi isu kontroversi sejak Februari lalu, nampak gaya soal itu muncul semula dan beliau belum 'bebas' sepenuhnya.

Mengulas mengenai penyebaran gambar-gambar baru melibatkan Wong, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihak kerajaan negeri akan mendapatkan gambar itu dan memberikannya kepada polis.

"Gambar itu jika ada intrusion of privacy (mencabuli privasi) kita minta pihak polis mengambil tindakan," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bernilai RM2.0 juta kepada 25 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam hari ini.

Pagi tadi beliau menghadiri perhimpunan pagi bulanan di Shah Alam.

Gambar-gambar terbaru Wong, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri, yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di sebuah laman blog baru-baru ini.

Ketua Penerangan Wanita PKR itu kembali bertugas sebagai exco kerajaan negeri Khamis lepas setelah bercuti selama dua bulan berikutan penyebaran gambar-gambar separuh bogel di Internet.

Namun penyebar sebenar gambarnya itu masih belum dikesan.

Beliau yang turut hadir pada majlis itu enggan memberikan sebarang komen apabila disoal wartawan.

mStar Online yang cuba menghubunginya juga tidak berjaya.

Khamis lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, bekas teman lelaki Wong, Helmi Malek, 32, yang dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut belum dapat dijejaki.

Waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 25 Mac lepas terhadap Helmi telah diedarkan kepada semua pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara bagi menahannya.

Helmi yang menghilangkan diri sejak 9 Februari lepas setelah dikaitkan dengan penyebaran gambar dan klip video Wong di internet, difahamkan kini berada di Batam, Indonesia.

Pada 15 Februari lepas, Wong, 37, membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan dua hari selepas itu Wong menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan anggota Exco Selangor sebelum diberi cuti rehat oleh kerajaan negeri.

Khamis, 16 April 2009

Fairus letak jawatan Adun Penanti

lagi pilihanraya kecil..

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama   Mohammad Fairus Khairuddin was detained by Immigration officers at the Johor Baru checkpoint

Selasa, 14 April 2009

Terima Kasih Kepada 4shared.com

masalah kena download satu satu sbb aku takdak akaun berbayar kat 4shared.com

Semak Disini DPLI 2009 - tmpt peperiksaan










Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)

April 2009
























No. Kad Pengenalan (KP)


Contoh Taipkan: 800729085281
Sila Pastikan Nombor Kad Pengenalan Anda Betul.


Semakan UJIAN MEdSI DPLI 2009

Semakan status permohonan dan tempat Ujian MEdSI Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh dibuat mulai sekarang di:

LAMAN SESAWANG MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

jgn masuk ikot mpm.gov.my kerana line sesak!!! tapi masuk ikot link kat atas.

* Iklan DPLI Ambilan Jan 2010 akan dikeluarkan pada 3 Mei 2009

Hati-hati guna Plus menghala JB

DARIPADA ceritanya, macam angin lintang, di tambah dengan keadaan jalan basah (tak mesti ada 'water pool'), wallahu a'lam.

Sebab tu daripada Air Keroh dan bbrp puluh KM ke selatan had lajunya ialah 90Km/j.

Tak tahulah di kawasan tu ada stokin berwarna oren, kalau ia melintang - horizontal, atau pokok-pokok kawasan tu menyenget, memang kena berhati-hati.

Ada beberapa bukit di tepi lebuhraya yg menjadikan corong angin di antaranya, yang melintang merentasi lebuhraya di kawasan tersebut.

Paling risiko, ia berlaku serta merta dan berulang kali (gush or gushes), kerana angin kerap berubah arah. Mungkin ahli kaji cuaca lebih tahu kot.

Memang banyak telah berlaku, kawan punya adik-beradik dengan BMW siri 7 pun pernah kena; dalam cerita tadi pun kereta Merc S350, tu Merc yg paling besar tu! (Yang besar ni biasanya ditambah dengan kelajuan lebih tinggi). Kereta dari Singapura pun ada berlaku.

Pendek kata, memang kena berhati-hati.

Kalau balik BP memang selalu keluar di susur keluar di situ (di Pagoh) .... suspense juga!

MUHAMMAD HALEEM

Khamis, 9 April 2009

Senarai penuh Kabinet

PASUKAN BARU..Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto THE STAR Oleh RAJA FAISAL HISHAN.


PUTRAJAYA: Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini:



PERDANA MENTERI:

Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)



Timbalan-timbalan Menteri:



1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah



MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Razak



MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH



Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin



MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin



Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi



MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat



Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew



MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok



Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin



MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein



Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat



MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim



Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie



MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui



Timbalan:

Noriah Kasnon



MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal



Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun



MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin



Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah



MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed



Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan



MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof



MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas



Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup



MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen



Timbalan:

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib



MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar



Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim



MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi



Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad



MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor



Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng



MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai



Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin



MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek



Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng



MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam



Timbalan:

Datuk Maznah Mazlan



MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob



Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe



MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha



Timbalan:

Datuk Lajim Ukin



MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil



Timbalan:

Datin Paduka Chew Mei Fun



MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman



Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong



MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin



Timbalan:

Datuk M.Saravanan - Bernama

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

Azilah dan Sirul dihukum gantung

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata kedua-dua mereka gagal membuktikan sebarang keraguan bagi kes dakwaan tersebut sebaliknya hanya menyalahkan antara satu sama lain

Rabu, 8 April 2009

2 - 1

Pilihan raya kecil: Skor BN 1, Pakatan 2

KEKAL... Ketiga-tiga parti yang menang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung serentak mengekalkan status quo keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac 2008. Dari kiri, calon PAS juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, calon PKR, S. Manikumar memenangi kerusi DUN Bukit Selambau dan calon BN Malcolm Mussen menang di DUN Batang Ai.

TAIPING: Pilihan raya kecil serentak di tiga kawasan berakhir hari ini dengan Barisan Nasional (BN) menang satu manakala Pakatan Rakyat pula menguasai dua bahagian.

BN mengekalkan kerusi Batang Ai di Sarawak manakala Pakatan yang menurukan calon PAS dan PKR masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN Bukit Selambau.

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu setelah menang dengan majoriti 2,403 undi.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S. Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi.

Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas.

Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam ini.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

BN pula mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi.

Selasa, 7 April 2009

5 PETANG : Proses pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang ditutup dengan diselubungi kesesakan lalu lintas terburuk dan sedikit ketegangan.

3:25 PETANG : Hujan yang reda selama sejam kembali lebat.

PUSAT PENGUNDIAN DITUTUP

TAIPING: Proses pengundian tiga pilihan raya kecil serentak sudah berakhir pukul 5 petang.

Kerja-kerja mengira undi dijangka bermula dalam waktu terdekat.

Secara kasar 68 hingga 78 peratus pengundi keluar mengundi di ketiga-tiga kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

BERITA TERDAHULU

Hampir 70 peratus sudah undi, Bukit Selambau masih rendah

TAIPING: Proses pengundian ketiga-tiga pilihan raya kecil hari ini - ditutup 5 petang dengan kira-kira 70 peratus keluar setakat 4 petang. Bahagian DUN Batang Ai mencapai 73 peratus -paling tinggi berbanding dua kawasan yang lain.

Di Bukit Gantang peratusan yang direkodkan adalah 63 peratus manakala Bukit Selambau pula 61 peratus.

Angka itu diperoleh sehingga 3 hingga 4 petang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, kehadiran terus meningkat.

Gambar Dari Bukit Gantang




gambar dari kamera manjong mari.... kita kongsi kamera hari ini.

Gambar Dari Bukit Gantang

Koleksi foto dari Idham Lim

Gambar Dari Bukit Gantang

Penat ye makcik..? tak pe... duduk dulu... rehat...

Bukit Gantang - 7 April 2009

3:25 PETANG : Hujan yang reda selama sejam kembali lebat.

3:15 PETANG : Kesesakan sejauh lima kilometer dari pekan Simpang menghala ke Kuala Sepetang - menjejaskan proses pengundian. Proses penghantaran bekalan makanan untuk petugas-petugas SPR juga terjejas, kata SPR.

Proses pengundian berjalan lancar dengan sedikit ketegangan membabitkan perayu undi.

3:10 PETANG : ADUN Changkat Jering, Kapt. (B) Osman yang keluar PKR dan Pakatan Rakyat pada Februari lalu berkata, beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan Changkat Jering pukul 10 pagi dan diprovokasi oleh penyokong-penyokong PAS.

1:15 PETANG : Hujan mulai turun dan ia dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

40 peratus keluar mengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau

SEMAKAN SALURAN MENGUNDI..Pengundi menyemak kedudukan saluran mengundi di kaunter SPR di Sekolah Panglima Bukit Gantang. Foto mStar Oleh G.MANIMARAN
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi.Tidak ketinggalan penyokong Pas turut serta berkonvoi menuju ke tempat membuang undi.
PERAIH UNDI dan penyokong Barisan Nasional mula berkumpul di tepi jalan menuju ke tempat pembuangan undi di kasawan Parlimen Bukit Gantang.
Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bertemu dengan penyokongnya di kawasan Changkat Ibol dalam DUN Trong.
TERUS MERIAH Suasana hari pengundian di kawasan Parlimen Bukit Gantang terus meriah dengan sorakan dan gelagat perayu undi daripada parti-parti bertanding.

TAIPING: Kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau sehingga tengah hari ini.

Bukit Gantang - 7 April 2009

1:15 PETANG : Hujan mulai turun dan ia dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

12TENGAH HARI : Kawalan keselamatan diperketatkan bagi mengelak ketegangan

Gambar Dari Bukit Gantang

SEMAKAN SALURAN MENGUNDI..Pengundi menyemak kedudukan saluran mengundi di kaunter SPR di Sekolah Panglima Bukit Gantang. Foto mStar Oleh G.MANIMARAN
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi.Tidak ketinggalan penyokong Pas turut serta berkonvoi menuju ke tempat membuang undi.
PERAIH UNDI dan penyokong Barisan Nasional mula berkumpul di tepi jalan menuju ke tempat pembuangan undi di kasawan Parlimen Bukit Gantang.

Petikan Dari Bharian.com.my

Calon Bebas guna gimik bunyi kapal terbang


SUNGAI PETANI: Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, T Chandrarajan, 40, menggunakan gimik bunyi kapal terbang untuk menarik perhatian pengundi.

Beliau yang bertanding menggunakan simbol kapal terbang, tiba di pusat pengundian di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 2 dengan menaiki kereta Jaguar SV8 yang mengeluarkan bunyi deruman kapal terbang.

Gimik itu berjaya menarik perhatian ramai pengundi, termasuk petugas parti yang berada di situ.

Chandrarajan dan isteri, M Suguna Devi, 35, selesai membuang undi pada jam 9.35 pagi.


CALON BEBAS..T.Chandrarajan dan isteri M.Saguna membuang undi masing-masing di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani pagi tadi. (mstar)

Petikan Dari Tukartiub.blogspot.com

JANGAN JADIKAN PILIHANRAYA KECIL PLATFORM NILAI PM BARU - melayau

JANGAN JADIKAN PILIHANRAYA KECIL PLATFORM NILAI PM BARU - melayau


SEJAK awal-awal lagi iaitu ketika dinobatkan sebagai Presiden UMNO ketujuh, Najib mengaku mengenai tanggungjawab berat yang menantinya. Penuh ujian dan cabaran. Bukan sedikit beban yang perlu harungi oleh beliau.

Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, pentadbiran Najib bakal berdepan dengan tiga pilihan raya kecil. Sesetengah pihak mula menggembar-gemburkan bahawa pilihan raya kecil ini merupakan "medan pertama ujian untuk Najib".

Kata mereka, kemenangan atau kegagalan Barisan Nasional di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air menjadi penentu kepada kemampuan Najib menerajui negara. Memang benar tiga pilihan raya kecil hari ini merupakan ujian pertama untuk Najib.

Tetapi rasanya tidak adil untuk menjadikannya sebagai kayu ukur bagi menilai kemampuan beliau mentadbir negara.


kah kah kah… INI MACAM BERITA NAK KALAH AJE…kah kah kah

kah kah kah… BUKAN REFERENDUM ?.... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU BUKAN KAYU UKUR KAYU APA?... kah kah kah

woit... KAYU KONDA KONDI KE?.... kah kah kah

Kemaskini dari P59 Bukit Gantang

Suasana Pengundian di Bukit Gantang, 7 April 2009

BERITA

SUASANA PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG
KELUAR MENGUNDI..Penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gantang mula melaksanakan tanggungjawab dengan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang.
MULA MENGUNDI...Seorang warga emas menjalankan tanggungjawabnya dengan mengundi di Sekolah Panglima Bukit Gantang. Foto mStar oleh G.MANIMARAN.

12.20 TENGAH HARI : Kira-kira 40 peratus telah membunang undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

10.00 PAGI : Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Misalnya, peratusan keluar mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih.

9.50 PAGI : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika menuju ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Ayer Putih dan Sekolah Kebangsaan Simpang.

9.45 PAGI : Cuaca terang. Proses pengundia berlajan lancar. Kesesakan lumpuhkan sebahagian kawasan Bukit Gantang.

9.20 PAGI : Wujud sedikit ketegangan di SK Panglima Bukit Gantang.

9.05 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

9.00 PAGI : Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang.

7.55 PAGI : Calon BN, Ismail Saffian berkumpul di rumah Ketua Umno Bahagian, adakan doa selamat sebelum bertolak untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang.

7.35 PAGI : Calon Pas, Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas Pas, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian.

Pusat pengundian pertama dikunjungi ialah Sekolah Menengah Aur Air Kuning,

Jangan Tegur ‘recycle’ babak Jangan Pandang Belakang

FILEM seram ketiga pengarah dan penulis skrip, Pierre Andre berjudul ‘Jangan Tegur’ lebih suspen dan menyeramkan berbanding filem sulungnya, ‘Jangan Pandang Belakang’.

Terdapat elemen baru yang digarap dalam filem seram terbitan Metrowealth (MIG) Production Sdn. Bhd. ini yang menarik untuk ditonton.

Selain teknik suntingan, audio Dolby Digital Surround EX dan kesan bunyi yang digunakan mampu menimbulkan unsur seram dan suspens.

Susunan cerita ‘non-linear’ dan graf yang turun naik itu mampu membuatkan penonton kadangkala terkejut dan tidak lepas untuk menonton dari satu babak ke satu babak kerana sikap ingin tahu tentang apakah yang akan berlaku seterusnya.

Filem ini juga mampu memberikan mesej yang mengajar penonton agar tidak menyimpan perasaan hasad dengki lalu bertindak menyihir orang lain kerana akan mendapat balasan kemudiannya.

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu.

Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis, Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang selama dua tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu.

Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya, Kamal (Pierre Andre).

Kamal pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda kurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura.

Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya.

Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya.

Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.

Penyiasatan Natasya berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk.

Terdapat juga elemen humor yang diselitkan seperti babak makhluk halus yang dipaparkan mempunyai kepala teleng dan gaya Natasya ketika dirasuk dan solekannya agak melucukan.

Namun begitu, terdapat babak dalam filem pertama arahan Pierre yang diulang guna dalam filem ini seperti babak Natasya menyangka suaminya berada dalam bilik rupanya berada di luar dan makhluk yang disangka suaminya itu adalah makhluk halus yang menghantuinya.

Babak itu sama seperti babak dalam filem Jangan Pandang Belakang di mana Darma (Pierre Andre) menyangka neneknya berada dalam pangkuannya tetapi rupa-rupanya neneknya sedang nyenyak tidur di dalam bilik dan makhluk yang dipangkunya itu adalah makhluk halus.

Menyentuh tentang lakonan, penulis lebih suka memuji lakonan Nadia Mustafar sebagai Baizura.

Nadia pandai bermain dengan karektor dan menyerap masuk perwatakannya sebagai seorang yang dirasuk dengan baik sehingga lakonannya nampak ‘real’ seperti dia benar-benar dirasuk.

Watak Mak Su yang dipegang oleh Ellie Suriati juga nampak hidup apabila dia pandai bermain dengan emosi dalaman dan mimik muka yang bersahaja.

Jangan Tegur akan menghantui penonton di pawagam tempatan mulai 9 April ini dan di pawagam Singapura mulai 30 April ini!

Blog Widget by LinkWithin