Jumaat, 4 Disember 2009

Emas catat harga rekod tertinggi

Emas catat harga rekod tertinggi


GAMBAR fail menunjukkan jongkong emas di sebuah bank di Switzerland baru-baru ini.


LONDON 02Dis2009 - Harga emas mencapai paras rekod melepasi AS$1,217 untuk setiap auns (31.1035 gram) atau RM132 segram semalam berikutan kebimbangan pelabur yang mencari tempat selamat setelah nilai dolar semakin lemah.
Harga emas di Pasaran Bulion London melepasi paras halangan AS$1,200 (AS$1=RM3.38) buat kali pertama kelmarin.
Selepas mencapai harga rekod baru, emas jatuh sedikit untuk didagangkan pada harga AS$1,207.82 menjelang tengah hari. - AFP

Ahad, 1 November 2009

Aqilah Imani

salam!



byk gambar Aqilah Imani dah di upload kat FB http://www.facebook.com/tokan88



sedikit info ttg cahaya mata yang sulong ini,



Nama: Aqilah Imani

Jantina: Perempuan

Lahir: 26 Okt 2009 - 1.32pm

Tmpt Lahir: Hospital Tq Ampuan Afzan, Kuantan

Pantang: Kat Kg Chempaka, Kota bharu



Ucapan jazakallahu khayran kepada keluarga dari kedua-dua belah pihak dan rakan taulan dekat mahupun jauh yang memberi sokongan, bantuan, ucapan tahniah, sudi berkongsi kegembiraan sepanjang proses kehamilan sampai kelahiran puteri sulong kami.



tq.

Ahad, 27 September 2009

Amalan setelah bangun dari tidur

Hadith :


Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.” (Muslim)




Huraian:



Sebagaimana maklum, tidur merupakan suatu kerehatan untuk tubuh manusia dan Islam menggalakkan kita mementingkan kesihatan demi menjamin kesegaran tubuh badan di sepanjang hari. Namun begitu jangan pula kita terlajak tidur sehingga meninggalkan solat-solat yang wajib untuk kita tunaikan terutamanya solat Isya’ dan Subuh yang kebanyakan manusia seringkali lalai dan malas daripada mengerjakannya dek kerana terlalu mengantuk atau sayangkan tidur sehingga terlepas waktu. Oleh itu setiap Muslim dianjurkan agar membaca doa setiap kali hendak tidur dan selepas bangun daripada tidur supaya dengan itu diri terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan yang sentiasa memujuk manusia agar lalai daripada mengerjakan perintah Allah SWT. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Khamis, 17 September 2009

Menghitung hari untuk bergelar ibu.



Download lagu: 02.Ibu Mithali.mp3





Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati? Adakah anda, saya ataupun wanita-wanita lain di dunia ini. Marilah kita analisa diri kita sejauh mana kita mencapai ke peringkat tersebut dengan berpandukan analisis yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau menjelaskan penganalisisan diri perlu bagi ibu mithali dan isteri sejati dalam membentuk sebuah rumahtangga harmoni.




Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti:-
  • * Berdoa memohon keredhaan Allah.
  • * Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumah tangga.
  • * Membersihkan hati dan pemikiran.
  • * Membina kebahagiaan secara proaktif.
  • * Mendidik diri sendiri.
  • * Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan
  • al-mawaddah(kasih sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihani).
  • * Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul.
  • * Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumahtangga.
  • * Membina rumah tangga berasaskan al-Mu’asyarah bil makruf
  • (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan diredhai Allah).
  • * Pembangunan fizikal dan kesihatan.
  • * Muhasabah diri.



Oleh itu, di manakah diri kita. Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, saya ucapkan SYABAS! Namun begitu, ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai tahap IBU MITHALI ISTERI SEJATI!!!



Menurut beliau lagi, seseorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu:-
  • 1) Positif terhadap perubahan.
  • 2) Positif terhadap diri sendiri.
  • 3) Positif terhadap kepimpinan.
  • 4) Positif terhadap masalah.
  • 5) Positif terhadap orang lain.
  • 6) Positif terhadap keadaan emosi.
  • 7) Positif terhadap idea kreatif.
  • 8) Positif terhadap membuat keputusan.
  • 9) Positif terhadap qada’ dan qadar.



Selain daripada itu beliau juga turut menggariskan beberapa petua untuk menjadi ibu mithali. Antaranya ialah :-
  • - Analisis diri daripada pandangan anak.
  • - Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi.
  • - Bercakap benar.
  • - Kotakan kata-kata.
  • - Didik anak mengenai kemahiran sosial.
  • - Gunakan masa jitu untuk mengajar.
  • - Wujudkan suasana positif dalam rumah tangga.
  • - Gunakan belaian positif lebih daripada negatif.
  • - Padam rekod negatif dalam pemikiran anak.
  • - Melatih anak berfikir.
  • - Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman.
  • - Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga.
  • - Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus.
  • - Hidupkan sunnah dalam rumah tangga.
  • - Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah.
  • - Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.



Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai berbagai peranan dalam rumah tangga. Paling penting adalah sebagai :-
  • *Pendidik keluarga.
  • *Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan rumah tangga.
  • *Penasihat.
  • *Doktor dan jururawat.
  • *Mendisiplinkan anak-anak.
  • *Kawan atau sahabat.
  • *Penyelesai masalah.
  • *Merangsang perkembangan mental anak-anak.
  • *Mengawasi perkembangan dan tingkah laku anak.
  • *Model pada anak-anak.
  • *Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat.
  • *Mengawal ekonomi rumah tangga.
  • *Menjaga harta suami dan keluarga.



Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang boleh dicontohi iaitu :-
  • 1) Ibu menyerlahkan keunikan tersendiri.
  • 2) Tidak ‘berebut kuasa’ dengan anak-anak.
  • 3) Memahami teknik memuji dan mengkritik anak.
  • 4) Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak.
  • 5) Mendidik anak berdikari.
  • 6) Mempunyai nilai diri tinggi.
  • 7) Bersedia meminta maaf daripada anak-anak.
  • 8) Bertindak secara jamaah.
  • 9) Mengorbankan kepentingan peribadi.
  • 10) Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan.
  • 11) Meneroka dan merangsang potensi anak.
  • 12) Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
  • 13) Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.




Kesimpulannya, untuk menjadi seorang ibu yang baik, mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlulah mendalami ilmu keisterian. Oleh itu, berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi Ibu Mithali Isteri Sejati.




* sumber : www.mymasjid.com.my

Rabu, 16 September 2009

Jum Syawal!


Salam Aidil Fitri

sebelum lik kg tu kena

1) isi minyak r... klu takda minyak penuh camna nak gerak.potong stim je kena isi minyak on da way nanti...huhuhu

2) Bayar bil utiliti umah (+/-RM300)

3) Angkut semua barang raya sumbat dalam keta r...

4) Zakat fitrah dah bayar pd Sabtu lepas kat Zakat Selangor


bila semua dah setel, baru senang hati lik kg...


Tentatif Bermula 17 Sept ni


17 Sept - Tengahari - Cabot dari opis...siap2 lik kg

9mlm - dah siap cabot dari BB Bangi ke Kuantan

18 Sept - Majlis berbuka besama keluarga dan penduduk kg Bukit Sekilau

19 Sept - siap2 nak raya

20 Sept - Raya kat kuantan puas

21 Sept - Pas Asar terus gerak ke kampung Cempaka, Kota Bharu

22 Sept - Ada kenduri dan jalan2 raya

23 Sept - Raya2 aje..

24 Sept - Raya

25 Sept - Raya sebelah pagi, sebelah petang balik ke Kuantan plak...

26 Sept - Mula puasa sunat enam hari kat kuantan, perabih kueh2 raya yg tinggal

27 Sept - Pagi2 lagi dah bertolak ke BB Bangi.

28 Sept - KERJA dah stat r....


Salam Aidil Fitri.




Isnin, 24 Ogos 2009

Jgn Bersekongkol Dgn Mereka Yg Tak Hormati Bulan Ramadhan.

ANGGOTA penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar, merampas pelbagai jenis makanan yang dijual oleh peniaga Islam sebelum jam 3 petang dalam operasi di sekitar bandaraya ini. - Foto Rahmat Othman
Aug 24, 2009 3:22 pm
(bharian.com.my)

15Malaysia.com - The Tree

Sinopsis

Tazkirah yang disampaikan dengan caranya yang tersendiri oleh pemimpin rohanian yang paling berpengaruh di Malaysia, Nik Aziz tentang cara berniaga yang beretika menurut Islam.

4 kali dah kena pinang, tapi masih xterima

High taste betol fasha ni,

KAHWIN....

....

Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.. ....

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.....

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).....

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai.....

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang,perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun,Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan....


dipetik dari myspace fasha sanda

Pendedahan Fasha: Akui pernah dilamar 4 kali termasuk oleh Ally Iskandar, Rizal Ashram

Dedah luahan perasaan dan pengakuan di laman web MySpace
Macam-macam cerita tentang Fasha Sandha sering diperkatakan, namun aktres berusia 25 tahun ini cukup 'kuat' mengharungi segala cabaran yang singgah

KISAH 'panas' tentang aktres popular ini nampaknya tidak pernah berakhir, terutamanya mengenai kisah cintanya. Macam-macam cerita tentang Fasha Sandha sering diperkatakan, namun aktres berusia 25 tahun ini cukup 'kuat' mengharungi segala cabaran yang singgah.

Setelah membuat pendedahan dirinya akan mengakhiri zaman solo selewat-lewatnya awal tahun depan dengan seorang jejaka, ramai yang menjangkakan lelaki yang akan bergelar suaminya itu ialah Rizal Ashram Ramli.

Walaupun Fasha sendiri menafikan tentang hubungannya dengan bekas suami Nora Danish itu, namun 'keintiman' yang sering dipamerkan mereka di khalayak membuatkan ramai yang yakin Rizal adalah 'pilihan' Fasha.

Namun, minggu lalu, sebuah akhbar tabloid melaporkan pendedahan ekuin negara terkenal yang mengesahkan tentang hubungannya dengan aktres itu yang terjalin sejak setahun lalu.

Ekuin negara yang tidak mahu namanya didedahkan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka dan berkata dia akan membuat satu pengumuman pada bulan hadapan.

Akhbar tersebut turut mendapatkan maklumbalas daripada Fasha sendiri dan pelakon jelita itu tidak menafikan, jejaka berusia 29 tahun itu adalah lelaki yang paling rapat dengannya.

"Bukan saya sengaja merahsiakan hubungan dengannya, cuma saya tidak boleh memberitahu kepada peminat kerana masanya belum sesuai.

"Tapi, saya tidak akan menolak jika kami ditakdirkan bertemu jodoh bila tiba masanya nanti. Kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang akan menentukannya segala-galanya," katanya.

Pendedahan itu sedikit sebanyak meleraikan beberapa teka-teki yang bermain di fikiran ramai termasuklah siapa lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu . Namun, masih ada yang tidak berpuas hati dan merasakan Fasha sebenarnya masih terus 'bermain wayang'.

Malah, kewujudan ekuin negara itu di dalam hidup Fasha juga tidak disedari ramai memandangkan gosip yang sering melanda dirinya sebelum ini lebih berkisarkan tentang hubungannya dengan Rizal.

Enggan membiarkan spekulasi dan kontroversi terus menghantui dirinya, Fasha nampaknya telah membuat pendedahan tentang isi hatinya dan perkara sebenar menerusi laman web MySpace miliknya, semalam.

Buletin yang bertajuk 'luahan hatiku' yang ditulis oleh Fasha itu antara lain menjelaskan tentang hubungan sebenarnya dengan Rizal yang dipanggil dengan nama Jejai dan ekuin negara itu yang diakui oleh Fasha ialah Qabil Ambak.

Rizal lamar Fasha 3 Januari 2009

Rizal dan Nora bersama anak mereka, Putra Rayqal Ramli. Fasha pernah dikaitkan sebagai punca perceraian pasangan ini

"Memang saya pernah berkawan rapat dengan Rizal Ashram (Jejai). Saya mengenali Jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan Nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan Jejai ketika dia masih suami Nora Danish.

"Saya dan Jejai menjadi rapat sejak Januari tahun ini iaitu enam bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa untuk saya pada ketika itu.

"Memang betul, Jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 Januari 2009. Saya beritahu Mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga Jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana Jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Nora.

"Tetapi itu semua kisah lama, kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana Mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan Jejai di atas macam-macam sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan Mama saya," luahnya dalam laman web itu.

Menurut Fasha lagi, dia sedih apabila dia dikaitkan sebagai punca perceraian Nora dan Rizal kerana ramai yang tidak tahu cerita sebenar yang berlaku.

Kata Fasha lagi, setelah hubungan mereka dihalang keluarga, dia dan Rizal tetap berhubung antara satu sama lain.

"Saya dan Jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 Februari, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa-apa hubungan dengan Jejai lagi kerana terlalu tertekan.

"Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 Mac, Jejai menghubungi saya dan merayu-rayu supaya memaafkannya.

"Ketika itu saya berada di Pasir Gudang, Johor. Jejai terus menghantar SMS dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya.

"Pernah juga Jejai menunggu di hadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya. Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya," catat Fasha lagi.

Ekuin negara, Qabil Ambak dikatakan bakal menjadi suami kepada Fasha tidak lama lagi. Dia dijangka akan mengadakan satu pengumuman kelak

Ujar Fasha, dia dan Rizal tetap berkawan seperti biasa walaupun sudah tidak mempunyai hubungan istimewa ketika itu, namun tidak lagi berhubungan sejak 18 Ogos lalu.

"Di mata saya pada ketika itu, dia seorang lelaki yang baik, selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan.

"Walaupun ramai orang berprasangka yang tidak elok tentang dirinya, saya tetap berkawan dengan Jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba untuk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal.

"Saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh ditangan tuhan.

"Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai, kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 Ogos 2009. Sekarang tidak berhubung lagi," katanya.

Fasha ambil pil tidur berlebihan, Qabil datang bantu di hospital

Tentang hubungannya dengan ekuin egara, Qabil Ambak, kata Fasha, dia mula mengenali jejaka itu pada Ogos tahun lalu di majlis gala makan malam anjuran Polo.

"Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut. Ketika pertama kali pertemuan kami, Jejai turut berada di sana.

"Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu Maria Farida. Selepas majlis tersebut, kami menjadi kawan dan berhubung melalui SMS. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di rumah terbuka pada hari raya ke-3 tahun lepas," ujarnya.

Kata Fasha, hubungannya dengan Qabil semakin rapat selepas jejaka itu datang membantunya di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan Pusat Pakar Damansara pada 12 Februari lalu.

"Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur.

"Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam-macam topik tentang kehidupan.

"Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya.

Pengacara Ally Iskandar yang pernah digosipkan dengan Fasha sebelum ini diakui oleh aktres itu sendiri pernah melamarnya pada tahun 2007

"Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan," katanya yang tidak mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Qabil dalam buletin itu.

Empat kali dilamar

Dalam buletin yang ditulis Fasha di laman web tersebut, dia turut mengakui pernah dilamar empat kali untuk dijadikan isteri dan juga sudah empat kali menerima cincin.

Lamaran pertama yang dibuat terhadapnya ialah oleh pengacara popular, Ally Iskandar pada tahun 2007.

"Saya menolak secara baik walaupun Mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

"Lamaran kedua adalah daripada seorang VVIP yang sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali VVIP tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).

"Lamaran ketiga adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan Jejai," ujarnya.

Dan untuk lamaran keempat pula, kata Fasha, datangnya pada pertengahan Mac lalu.

"Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya cuma minta agar diberikan sedikit masa diatas sebab-sebab tertentu.

"Saya hanya menunggu masa yang sesuai. Doakan agar tidak ada aral yang akan mengganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang, saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi.

"Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba," katanya di laman web http://www.myspace.com/angel_fasha

Ahad, 23 Ogos 2009

Kaum Penan Bersuara!

SUKU kaum Penan sambil memegang sepanduk menahan kemasukan pekerja syarikat perladangan dalam Long Nen, Sarawak. Ratusan anggota suku kaum Penan bersenjatakan tombak dan sumpitan menentang pembalakan dan perladangan minyak palma. Ketua Penan berkata mereka telah lama bertahan terhadap pembalakan yang memusnahkan hutan-hutan tempat mereka bergantung pada makanan dan perlindungan, mereka kini berdepan ancaman baru pembalakan berterusan untuk memberi jalan bagi tanaman pokok sawit dan penanaman semula pokok kayu balak. Gambar bawah, keadaan hutan yang telah diterangkan- Foto AFP
Aug 23, 2009 11:20 am (Bharian.com.my)

Ahad, 16 Ogos 2009

Akhil Hayy bernikah dengan Waheeda

16/08/2009 1:09pm

KUALA KUBU BARU - Penceramah bebas dan hos terkenal, Akhil Hayy bernikah dengan Nor Wahidah Abdul Wahab atau Waheeda, 30, pagi ini di Masjid Jamek Ar-Rahimah Kuala Kubu Baru, Selangor.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga terdekat hadir memberi restu.

Dua anaknya, Siti Numaisarah, 12 dan Muhd. Sharif Hidayatullah, 11, turut hadir pada majlis itu.

Mereka berdua memberitahu; "Kami gembira ayah berkahwin dengan auntie Wawa."

Kedua-dua pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Hulu Selangor , Ustaz Zulkhairi Zaid.

Hantaran senaskah al-Quran dan mas kahwin sebanyak RM80.

Kata Akhil, pernikahan itu menutup spekulasi mengenai mereka

"Ini jodoh, orang akan terus bercakap, tapi ini kehidupan saya. Selebihnya, saya tak mahu komen," katanya.

- Utusan

Ahad, 9 Ogos 2009

Lagu Tema Cetusan Hati Dan Dedikasi

Ingin meluahkan isi hati, pengalaman yang sedih ataupun gembira kepada seseorang? Inilah peluang anda untuk bercerita kepada Sinar isi hati anda ataupun dendangkan dedikasi anda.


Dengarkanlah segment Jamal Jamaludin dari jam 10 malam hingga 12 tengah malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan hantarlah dedikasi / luahan hati anda menerusi:



Talian

03-9543 2000

SMS

CHDD [ruang] dedikasi anda dan hantar ke 32660




http://www.4shared.com/file/123895806/81be4d10/gheorghe_zamfir_-_the_lonely_shepherd.html


Link kat atas tu adalah lagu tema slot cetusan hati dan dedikasi di stesen radio Sinar FM.

Download skarang!


Frekuensi sinar FM



Isnin, 3 Ogos 2009

Bagi Allahyarhamah Yasmin, syurga terletak di kaki ibunya.

Keluarga bercadang buka 'Muzium Memorial Yasmin'


"Yasmin anak mithali, satu dalam sejuta," kata ibu Yasmin, Mak Inom. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

SEPANJANG hidup Allahyarhamah Yasmin Ahmad, ibunya Mak Inom adalah segala-galanya. Begitu juga ayahnya, Pak Ahmad.

Allahyarhamah akan menuruti segala kata ibu tercintanya. Seperti yang diperkatakan Mak Inom dalam satu temubual baru-baru ini, "Jika saya kata mikrofon ini berwarna putih, maka dia akan anggap ia berwarna putih walaupun ia berwarna hitam."

Menurut Mak Inom, arwah Yasmin yang juga pengarah filem 'Sepet' dan 'Mukhsin' hakikatnya adalah anak mithali dan kehadirannya adalah satu dalam sejuta.

Menurut Mak Inom, meskipun anaknya telah pulang ke rahmatullah, dia ingin memastikan legasi anak kesayangannya itu berakar umbi dan terus segar.

Untuk itu, katanya, dia akan menyediakan satu tempat di Langkawi untuk budak-budak belajar agama, mengaji al-Quran dan bahasa Inggeris.

Keluarga Yasmin bercadang membuka Muzium Memorial Yasmin dengan kerjasama Tourism Langkawi

"Saya akan membuka sekolah itu. Saya akan keluarkan duit untuk buat rumah itu di bawah dana Yasmin.

"Selain itu, kami dalam perancangan untuk membuka Muzium Memorial Yasmin. Kita sedekahkan tanah dan bercadang bekerjasama dengan Tourism Langkawi," kata Mak Inom.

Menurut Mak Inom, impiannya itu adalah impian Yasmin juga.

"Yasmin mempercayai dan yakin sepenuhnya terhadap apa yang saya ingin lakukan."

Fasiliti tersebut katanya akan dibina di tanah berkeluasan satu ekar milik keluarganya.

MENGUSAP POTRET.....Mak Inom ternyata terlalu rindu dengan anak kesayangannya, justru mengusap potret Yasmin

Di tanah tersebut juga tersergam indah rumah yang dibina Allahyarhamah untuk ibunya.

"Rumah itu dikelilingi bendang yang menghijau. Bila buka jendela, di depan ialah gunung. Selain itu, terdapat surau "terapung"," kata Mak Inom.

Tidak keterlaluan dikatakan anugerah Ilahi paling besar kepada Mak Inom ialah anak kesayangannya, Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Menurut Mak Inom, anaknya itu tidak pernah merajuk dan meninggikan suaranya.

"Pernah sekali dia menyembah makcik apabila dia mendapati dirinya meninggikan suaranya," katanya.

Bagi Allahyarhamah Yasmin, syurga terletak di kaki ibunya.

Dan segala kenangan bersama anak tersayang adalah yang paling indah buat Mak Inom sekeluarga. Justru, semua itu akan terpahat kemas di dalam hati ibu penyayang ini.

Khamis, 30 Julai 2009

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Oleh Suhaib Mat Sah

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

Rabu, 29 Julai 2009

PERMOHONAN MAAF



Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.


Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.


Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.


Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.



- Utusan Malaysia / 29 Julai 2009

Isnin, 27 Julai 2009

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin


Jul 27, 09 6:27pm
Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya.

"Keluarganya rasa sangat kecewa," kata Marina.

"Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.

"Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"

Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.

"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?

"Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini.

Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, "yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia" - slogan yang yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang semalam.

Ahad, 26 Julai 2009

Arwah Yasmin: Gambar & Komen

Keranda arwah Yasmin Ahmad diusung keluar dari Masjid Abu Bakar As-Siddiq untuk dibawa ke Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan bercadang menerbitkan program tribut Yasmin Ahmad bagi memperingati jasa pengarah terkenal itu. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.

9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.

9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.

10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.

11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.

11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.

11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.

12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.


Pengarah Othman menganggap Allahyarham sebagai ikon generasi muda

afi
Dafi: Kehilangan seorang pengarah yang sangat berbakat

Hj Aznil Hj Nawawi: Allahyarham bijak menarik minat rakyat Malaysia pelbagai kaum

Fatimah Abu Bakar: Ramai orang yang salah anggap dengan diri Yasmin


Sazzy: Hasil kerja Allahyarham Yasmin cukup agung.

Tan Sri Jins sifatkan pemergian Yasmin satu kehilangan besar







Perjalanan Terakhir Yasmin

Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.

9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.

9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.

10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.

11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.

11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.

11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.

Yasmin Ahmad meninggal dunia

26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik) turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Al- Fatihah....


rujukan: utusan.com.my, mstar.com.my, dan bernama.com.my

Jumaat, 24 Julai 2009

3,000 hadir debat isu kematian Teoh



Rahmah Ghazali & Tarani Palani
Jul 24, 09
3:13pm
Kira-kira 3,000 orang, sebahagian besarnya berpakaian hitam, membanjiri Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) sebagai tanda sokongan padu kepada Teoh, yang ditemui mati di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam minggu lalu.

teoh beng hock vigil klscah 230709 03Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad, adalah antara yang menyertai perhimpunan selama tiga jam itu.

Hadirin berdiri memberi penghormatan kepada Tunang Teoh - Soh Sher Wei - yang sedang mengandung anak mereka, ketika dia masuk ke dewan.

Mereka turun memegang poster Teoh manakala kain rentang turut dipasang, antaranya berbunyi "Rakyat berhak mengetahui kebenaran!!! Pembunuh mesti dihukum".

teoh beng hock vigil klscah 230709 02Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga ADUN Seri Kembangan - ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.

Dia dipercayai jatuh dari tingkat 14 - tempat terletaknya pejabat SPRM.

Sebelum itu, Teoh telah disoal siasat oleh SPRM - sebagai saksi - berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Teoh dikebumikan Isnin lalu di Semenyih. Polis berkata, siasatan kematian Teoh sudah 60 peratus siap.

Warkah takziah Nik Aziz buat ibu bapa Beng Hock


Buat ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.


Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah.

Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan.

Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah.

Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini.

Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.

Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when men s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009
_

Khamis, 23 Julai 2009

Tunang: Teoh, selamat tinggal sayang


Jul 22, 09 7:37pm
Berikut teks luahan hati Soh Sher Wei kepada tunangnya Teoh Beng Hock di upacara penghormatan terakhir kepada setiausaha politik exco kerajaan Selangor pada 20 Julai 2009.

Ia diterbitkan semula untuk dikongsi bersama dengan mereka yang tidak dapat hadir di Alor Gajah, Melaka.


teo beng hock funeral 200709 fianceeBeng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu... aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu? Aku mahu menemuimu sekali lagi. Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

source: Malaysiakini.com/bm

Rabu, 22 Julai 2009

Gerhana Matahari


Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi tadi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Atas kiri: Gambar Utusan dirakam di Menara Alor Setar. Atas kanan: Varanasi, India (AP). Bawah: Hyderabad, Pakistan (AP).

Isnin, 20 Julai 2009

Kalau ler koneksyen kat rumah aku mcm ni....



laju gile line tenet kat ofis aku ni.aku download 100MB kat 4shared.com cuma ambik masa kurang dari 10min! itu aku baru pakai akaun free, kalu pakai akaun premium, tentu lebih laju!!!

Khamis, 16 Julai 2009

SYARIKAT DITUDUH MEMBALAK DI LUAR KAWASAN DIBENARKAN -melayau




KUANTAN: Seorang pengarah sebuah syarikat pembalakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menjalankan aktiviti pembalakan di luar kawasan yang dibenarkan tahun lalu.

Tan Peng Chee, 32, didakwa sebagai pengarah syarikat Dimensi Popular Sdn Bhd, memotong kayu (membalak) di luar kawasan yang dibenarkan dalam pelan susun atur Projek Pembinaan Semula Benteng dan Baik Pulih Cerun Tanah milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Lot PT 56709 (HSD 18166) Mukim Kuala Kuantan antara 21 Januari hingga 27 November 2008.

Tan didakwa mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta supaya dibicarakan.

Majistret Iriane Isabelo kemudian membenarkan ikat jamin RM3,000 sebelum menetapkan 17 0gos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadzillah Osman.

KAH KAH KAH

Woit… INI BETUL BETUL PELIK…. kah kah kah..

Kah kah kah… DAH SETAHUN LAKNAT INI CURI BALAK… TAK KAN TAK NAMPAK NAMPAK….kah kah kah…

Kah kah kah.... ADA YANG MASYUUK KE ?... kah kah kah

Kah kah kah…LAKNAT INI PEROSAK BUMI TUHAN…kah kah kah..

Kah kah kah… INI JENAYAH EKOLOJI TERHADAP KEMANUSIAN..kah kah kah..

Kah kah kah… THIS IS A CRIME AGAINST HUMANITY…. Kah kah kah..

Woit… LIHAT BERAPA JAMIN … 3,000 RINGGIT …APA 3000 RIBU RINGIT SAHAJA?.....kah kah kah…

Woit… BERAPA RINGGIT WANG UNTUK JAMIN PELAJAR YANG DITUDUH MENCONTENG BINI PUAKA DI UNIVERSITI MALAYA ?... kah kah kah..

Woit…KENA JAMIN 5,000 RINGGIT… FIVE THOUSAND… CINQ MILL RINGGIT… LIMA RIBU RINGGIT…. kah kah kah…

KAh kah kah... BALAK DI HUTAN KENA ROMPAK...kah kah kah..

Kah kah kah ...PASIR DI SUNGAI KENA CURI...kah kah kah...

Kah kah kah... AIR DALAM KOLAMN KENA RACUN... kah kah kah...

Kah kah kah... CAKAP KETUANAN MELAYU... TAPI HARTA MELAYU KENA REMBAT...kah kah kah

Woit… HABISLAA NEGARA KITA

Selasa, 14 Julai 2009

Selsema babi

Adakah selsema babi semakin berbahaya di negara ini???


Rabu, 8 Julai 2009

Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012: Muhyiddin


  1. PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

  2. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

  3. Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

  4. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

  5. PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

  6. Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.
    Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.
    Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
    Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

  7. "Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Isnin, 29 Jun 2009

Isnin, 22 Jun 2009

Tujuh siswa korban anti-ISA era tiga perdana menteri

ulasan Semalam satu lagi episod sedih demokrasi Malaysia.



  1. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati lima aktivis mahasiswa bersalah atas pertuduhan menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara, Jun 2001.
  2. Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris didenda RM 3,900 setiap seorang atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.
  3. ISA 7 student acquited 220405 bothredSementara dua lagi yang dituduh, Herman Shamsudeen yang kini aktif bersama Pemuda PAS dilepaskan, manakala seorang lagi Wan Sanusi Wan Mohd Noor tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.
  4. Gerakan Reformasi susulan pemecatan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai 20 September 1998 menyebabkan politik negara bergolak.
  5. Pergolakan ini, yang menyeret ribuan anak muda ke jalan-jalan raya, berterusan tanpa henti-henti walaupun selepas pilihanraya umum setahun kemudian.
  6. Pada 2000, Gerakan Reformasi meneruskan kempen bantahannya - menjelang dan selepas Anwar didapati bersalah kes kedua pada Ogos tahun itu - sehingga pilihanraya DUN Lunas mencetuskan rasa gerun kepada BN dan kerajaan pada waktu itu.
  7. Kerusi negeri itu yang selama ini dikuasai dengan selesa oleh BN berjaya dirampas oleh calon PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional) Saifuddin Nasution Ismail dalam persaingan penuh sengit dan drama.
  8. Kemenangan itu membakar semangat Gerakan Reformasi dan penyokong pakatan pembangkang, dulu dikenali Barisan Alternatif, untuk mengasak perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga awal 2001 muncul pula isu rundingan tertutup antara PAS dan Umno.
  9. Tidak mempedulikan agenda melaga-lagakan pembangkang melalui agenda muzakarah Umno-PAS, Gerakan Reformasi meneruskan perhimpunan besar pada 14 April, yang popular digelar "Gelita 14", ulang tahun kedua pemenjaraan Anwar.
  10. Gelombang besar, sekali lagi
  11. Namun bantahan itu tidak menjadi kenyataan apabila 10 orang aktivis utamanya, termasuk pemimpin Pemuda PKR, seperti seperti Saari Sungib, Ezam Mohd Noor, Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Tian Chua dan Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah ISA.
  12. Lalu ia mencetuskan gelombang besar, sekali lagi, untuk menentang ISA melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - gabungan puluhan NGO dan Barisan Alternatif - seperti yang dikenali sekarang. Sementara gerakan siswa pula menubuhkan cabang penentangannya sendiri melalui Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).
  13. Perkumpulan pelajar kecil dan besar seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi (Fraksi), Universiti Bangsar Utama (UBU), Pergerakan Demokrasi pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi (JKMM) menyertai GMMI.
  14. Serentak dengan program penentangan GMI yang meluas di seluruh negara mulai April 2001, GMMI pula menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah ISA.
  15. Pada 8 Jun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat, beberapa ratus pelajar dalam gabungan GMMI berhimpun secara aman di luar Masjid Negara sehinggalah polis bertindak menyuraikannya dan menahan tujuh orang mahasiswa.**
  16. Tujuh pelajar itu, yang digelar "ISA 7", yang sedang menuntut di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara direman selama satu hari dan dibuang dari kampus masing-masing tidak berapa lama selepas itu.
  17. ISA 7 student acquited 220405 musicalPerbicaraan awal mendapati mereka semua tidak bersalah dan dibebaskan.
  18. Namun Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan keputusan itu - walaupun banyak kes perhimpunan haram era Reformasi tidak dilangsungkan atau dilepaskan (DNAA) setelah perbicaraan seketika - dan akhirnya berjaya memaksa ketujuh-tujuh aktivis ini dibicarakan sekali lagi.
  19. Selepas genap lapan tahun, semalam 18 Jun 2009, mereka berlima yang sudah tidak lagi bergelar mahasiswa dan mungkin tidak lagi bergiat aktif dalam aktivisme politik didapati bersalah oleh mahkamah.
  20. Semalam demokrasi Malaysia dirundung malang - membukti sejauh itu negara sanggup menindas anak muda yang tidak bersalah demi memadamkan (dengan harapan) api amarah kebangkitan rakyat.
  21. Dalam tempoh lapan tahun itu, pelbagai onak dan duri ditempuh ketujuh-tujuh mahasiswa ini. Ada yang bekerja dan ada juga yang membuat perniagaan kecil-kecilan. Hanya Herman yang masih aktif berpolitik, bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
  22. Dulu masih bujang
  23. Rafzan teman rapat penulis sejak mahasiswa. Kami bersama-sama aktif bersama UBU, sebuah kumpulan anak muda dan mahasiswa yang aktif dengan aktiviti kebajikan, kebudayaan, diskusi politik dan isu semasa.
  24. Malah sewaktu beliau ditahan pada 8 Jun 2001, saya sedang berdiri di sebelahnya berunding dengan polis sebagai wakil GMMI.
  25. Ketika ditangkap dahulu, beliau masih lagi bujang. Kini Rafzan telah mempunyai seorang anak. Dengan segala susah payahnya, beliau gigih berkempen isu “ISA 7” dan hak kebebasan mahasiswa ke seluruh negara.
  26. Kesnya pernah juga dibawa ke Korea Selatan apabila Rafzan dijemput ke negara tersebut pada 2002 untuk mewakili UBU dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
  27. Pendedahan Rafzan mengenai kes “ISA 7” membuka mata masyarakat antarabangsa yang selama ini menganggap Malaysia sebuah "negara yang demokratik".
  28. Teman-teman aktivis di peringkat antarabangsa bersimpati dengan nasibnya dan enam temannya. Ada sebuah kumpulan anak muda Poland pernah menawarkan Rafzan untuk menetap dan menyambung pengajiannya di negara mereka.
  29. Namun Rafzan menolaknya kerana mahu bersama-sama enam orang teman "ISA 7" untuk melalui susah senang bersama.
  30. Mahkamah semalam penuh sesak dengan penyokong-penyokong “ISA 7”.
  31. ISA 7 student acquited 220405 hisham ezam and tianCuma Badaruddin Ismail, atau lebih manja kami panggil Pak Din - aktivis ke-10 yang diseret ke lokap ISA pada 2001, yang kelihatan hadir bagi mewakili kumpulan tahanan ISA tahun itu yang diperjuangkan oleh “ISA 7” sehingga dibuang universiti.
  32. Sembilan lagi dengan sejarah masing-masing. Ezam, Lokman dan Abdul Ghani Haron bersama Umno. Saari, yang meninggalkan PKR, kini ADUN parti Islam di Hulu Kelang.
  33. Tian dan Gobalakrishnan kini di Dewan Rakyat, sementara Raja Petra pula menghilangkan diri bersama Malaysia Today ke luar negara. Hanya Hishamuddin yang masih kekal dalam dunia penulisannya.
  34. Saksi mata, saksi mahkamah
  35. Selepas saksi mata di medan demonstrasi, penulis sendiri disapina sebagai saksi mahkamah pula kepada Rafzan tahun ini kerana terdapat banyak foto melibatkan saya yang diberikan oleh polis kepada mahkamah sebagai bukti.
  36. Dalam tempoh lapan tahun ini, sewaktu pakatan pembangkang merasai nikmat hasil kebangkitan rakyat sejak sedekad lalu, penulis terharu melihat kegigihan mereka yang masih bersama "ISA 7", khususnya peguam, yang tidak pernah berputus asa membantu walaupun khidmat mereka diberikan percuma.
  37. Peguam-peguam tersebut: Nik Mohamed Ikhwan, Lathifah Koya, Zulkiflee Omar, Amer Hamzah dan Edmond Bon. Tanpa mereka, tidak mungkin "ISA 7" bersemangat lagi untuk mengharungi kegetiran diseret arus perjuangan.
  38. Perbicaraan panjang ini bermula pada zaman Dr Mahathir. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikannya, pada 22 April 2005, mahkamah majistret telah memutuskan ketujuh-tujuh mahasiswa tersebut tidak bersalah.
  39. Semalam, ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pucuk kepemimpinan negara, mahkamah menjatuhkan hukuman.
  40. ** Kebangkitan siswa bersama GMMI dipercayai menggerunkan pihak berkuasa apabila dua lagi pemimpin mahasiswa Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, aktivis UBU yang kini pemimpin Angkatan Muda PKR, dan pemimpin siswa UM Mohd Fuad Ikhwan diseret dalam lokap ISA tidak lama selepas demonstrasi di Masjid Negara.




Amin Iskandar, penulis blog dan penggiat budaya, kini memimpin NGO pemantau pilihanraya NIEI. Beliau menerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) sesi 2009-10 untuk menjalankan kajian sistem pilihanraya di Filipina dan Indonesia.

Rabu, 17 Jun 2009

Kes tempatan pertama Influenza H1N1 dikesan

Rabu Jun 17, 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencatatkan kes penularan tempatan pertama influenza A(H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan 17 tahun warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini berkata pelajar perempuan itu, yang merupakan kes ke19 positif influenza A, tidak mempunyai sejarah melawat negara yang telah diisytiharkan berlaku wabak itu.

Katanya pelajar itu menunjukkan simptom batuk dan selsema pada 14 Jun lepas, jam 9 malam dan mula demam keesokan harinya dan pada pagi 15 Jun pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada jam 10 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 ini melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 13 Jun lepas. Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kurantin awal ke atas kes ke19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)," katanya. BERNAMA

Selasa, 16 Jun 2009

H1N1

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

(diterjemah oleh Tukartiub.blogspot.com)



APA DIA SELSEMA BABI

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.

Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.

Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.

Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.

Memakai topeng muka tak ada faedah.

Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.

Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )

Video Dari Bharian.com.my



Fesyen cuti sekolah ‘rockers’ Kuantan


SEBILANGAN remaja yang berpeleseran dengan penampilan era ‘Rock Kapak’ era 1980-an ini menimbulkan rasa kurang senang warga Kuantan semalam.


KUANTAN(15jun09) – Sekali pandang, mereka umpama anggota kumpulan muzik rock yang sedang berehat sementara menunggu konsert.

Pandangan yang lebih teliti kemudiannya mengesahkan bahawa geng anak-anak muda itu bukan pemuzik tetapi remaja yang lepak menghabiskan cuti sekolah.

Jika niat mereka untuk menarik perhatian, ia ternyata berjaya.

Dengan memakai rambut palsu serta mengenakan pakaian ketat sama seperti era ‘Rock Kapak’ yang terkenal pada dekad 1980-an, kumpulan anak-anak muda itu berkumpul di tempat-tempat awam seperti di medan niaga dekat Jalan Beserah, di sini.

Namun, kehadiran mereka tidak disukai sesetengah pihak.

Ada penduduk dan peniaga mendakwa sebahagian daripada ahli kumpulan itu adalah pelajar sekolah yang biasa melepak di situ selepas sesi persekolahan.

Menurut peniaga, R.Siva, 37, kehadiran kumpulan remaja berkenaan sejak beberapa hari lalu di kawasan tersebut menyebabkan orang ramai berasa jelik.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


ikot kepada tmpt di ambil gambar ni terletak di tepi stesen petrol BHP berhampiran MS Garden Hotel...

Rahsia Bagaimana Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel.


  • Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.
  • India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.
  • Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.
  • Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.
  • Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.
  • Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.
  • Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.
  • Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.
  • Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.
  • Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.
  • Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat.
  • Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.
  • Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

  • Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.
  • Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!
  • Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!
petikan dari: http://universitipts.com/
Blog Widget by LinkWithin