Khamis, 30 Julai 2009

Testimoni Anak Seorang Tahanan ISA

Oleh Suhaib Mat Sah

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......

Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu

Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...


*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

Rabu, 29 Julai 2009

PERMOHONAN MAAF



Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.


Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.


Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.


Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.



- Utusan Malaysia / 29 Julai 2009

Isnin, 27 Julai 2009

Marina kecam Kosmo! dedah sejarah peribadi Yasmin


Jul 27, 09 6:27pm
Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan sikap media itu mencerita pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya.

"Keluarganya rasa sangat kecewa," kata Marina.

"Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.

"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.

"Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"

Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.

"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?

"Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini.

Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, "yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia" - slogan yang yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.

Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya.

Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.

Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang semalam.

Ahad, 26 Julai 2009

Arwah Yasmin: Gambar & Komen

Keranda arwah Yasmin Ahmad diusung keluar dari Masjid Abu Bakar As-Siddiq untuk dibawa ke Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan bercadang menerbitkan program tribut Yasmin Ahmad bagi memperingati jasa pengarah terkenal itu. -foto MSTAR oleh AU YEONG HOW

Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.

9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.

9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.

10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.

11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.

11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.

11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.

12.46 tengahari: Jenazah Yasmin Ahmad telah selamat disemadikan dan bacaan talkin sedang dijalankan.


Pengarah Othman menganggap Allahyarham sebagai ikon generasi muda

afi
Dafi: Kehilangan seorang pengarah yang sangat berbakat

Hj Aznil Hj Nawawi: Allahyarham bijak menarik minat rakyat Malaysia pelbagai kaum

Fatimah Abu Bakar: Ramai orang yang salah anggap dengan diri Yasmin


Sazzy: Hasil kerja Allahyarham Yasmin cukup agung.

Tan Sri Jins sifatkan pemergian Yasmin satu kehilangan besar







Perjalanan Terakhir Yasmin

Berikut adalah kronologi majlis pengebumian jenazah Yasmin Ahmad.

9.30 pagi: Kereta jenazah bertolak dari rumah Arwah Yasmin di 42, Jalan SS22/5D, Subang Jaya.

9.50 pagi: Kereta jenazah tiba di masjid Abu Bakar As-Siddiq di SS19, Subang jaya.

10 pagi: Bacaan Yassin dari ahli keluarga dan semua yang hadir dijalankan.

11.05 pagi: Persiapan untuk menyembahyangkan jenazah sedang dibuat. Selepas jenazah disembahyangkan, orang ramai dibenarkan untuk memberi pernghormatan terakhir kepada Arwah Yasmin Ahmad.

11.38 pagi: Jenazah sedang disembahyangkan.

11.52 pagi: Sembahyang jenazah baru sahaja selesai dan jenazah kini sedang dalam perjalanan ke Tanah Perkuburan USJ 20.

Yasmin Ahmad meninggal dunia

26/07/2009 12:39am

KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik) turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Al- Fatihah....


rujukan: utusan.com.my, mstar.com.my, dan bernama.com.my

Jumaat, 24 Julai 2009

3,000 hadir debat isu kematian Teoh



Rahmah Ghazali & Tarani Palani
Jul 24, 09
3:13pm
Kira-kira 3,000 orang, sebahagian besarnya berpakaian hitam, membanjiri Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) sebagai tanda sokongan padu kepada Teoh, yang ditemui mati di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam minggu lalu.

teoh beng hock vigil klscah 230709 03Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah dan ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad, adalah antara yang menyertai perhimpunan selama tiga jam itu.

Hadirin berdiri memberi penghormatan kepada Tunang Teoh - Soh Sher Wei - yang sedang mengandung anak mereka, ketika dia masuk ke dewan.

Mereka turun memegang poster Teoh manakala kain rentang turut dipasang, antaranya berbunyi "Rakyat berhak mengetahui kebenaran!!! Pembunuh mesti dihukum".

teoh beng hock vigil klscah 230709 02Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga ADUN Seri Kembangan - ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.

Dia dipercayai jatuh dari tingkat 14 - tempat terletaknya pejabat SPRM.

Sebelum itu, Teoh telah disoal siasat oleh SPRM - sebagai saksi - berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Teoh dikebumikan Isnin lalu di Semenyih. Polis berkata, siasatan kematian Teoh sudah 60 peratus siap.

Warkah takziah Nik Aziz buat ibu bapa Beng Hock


Buat ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
d/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.


Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah.

Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan.

Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah.

Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja yang perlu dilantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan, Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini.

Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, "mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi" tidak boleh diterima.

Saya berharap, jangan ada satu pun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.

Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong" [on the day when men s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper."] (maksud Surah Ath Thaariq: Ayat 9 dan 10).

Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1430
20 Julai 2009
_

Khamis, 23 Julai 2009

Tunang: Teoh, selamat tinggal sayang


Jul 22, 09 7:37pm
Berikut teks luahan hati Soh Sher Wei kepada tunangnya Teoh Beng Hock di upacara penghormatan terakhir kepada setiausaha politik exco kerajaan Selangor pada 20 Julai 2009.

Ia diterbitkan semula untuk dikongsi bersama dengan mereka yang tidak dapat hadir di Alor Gajah, Melaka.


teo beng hock funeral 200709 fianceeBeng Hock, kau tiba-tiba pergi tanpa sebarang pesan.

Kau kata, masih banyak yang kita ingin lakukan bersama.

Banyak lagi tempat yang sepatutnya kita kunjungi

Kau kata akan menemaniku sepanjang perjalanan hidup ini

Tapi apa yang harus kulakukan sekarang?

Bagaimana dapat kita bertemu lagi?

Kau sentiasa di ingatanku

Aku selalu mengingatimu... aku mahu dikau kembali, muncul semula di pangkuanku

Dalam beberapa hari ini, aku sentiasa menantimu

Tetapi ia sungguh mengecewakan

Aku hanya ingin tahu sama ada kau selamat, apakah kau menderita?

Jangan biarkan aku terus menunggu? Aku mahu menemuimu sekali lagi. Cukuplah walau sekali.

Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

source: Malaysiakini.com/bm

Rabu, 22 Julai 2009

Gerhana Matahari


Gerhana penuh matahari paling lama berlaku pagi tadi apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan sebahagian matahari terlindung. Atas kiri: Gambar Utusan dirakam di Menara Alor Setar. Atas kanan: Varanasi, India (AP). Bawah: Hyderabad, Pakistan (AP).

Isnin, 20 Julai 2009

Kalau ler koneksyen kat rumah aku mcm ni....



laju gile line tenet kat ofis aku ni.aku download 100MB kat 4shared.com cuma ambik masa kurang dari 10min! itu aku baru pakai akaun free, kalu pakai akaun premium, tentu lebih laju!!!

Khamis, 16 Julai 2009

SYARIKAT DITUDUH MEMBALAK DI LUAR KAWASAN DIBENARKAN -melayau




KUANTAN: Seorang pengarah sebuah syarikat pembalakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menjalankan aktiviti pembalakan di luar kawasan yang dibenarkan tahun lalu.

Tan Peng Chee, 32, didakwa sebagai pengarah syarikat Dimensi Popular Sdn Bhd, memotong kayu (membalak) di luar kawasan yang dibenarkan dalam pelan susun atur Projek Pembinaan Semula Benteng dan Baik Pulih Cerun Tanah milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Pahang.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Lot PT 56709 (HSD 18166) Mukim Kuala Kuantan antara 21 Januari hingga 27 November 2008.

Tan didakwa mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56/1965) yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah dan minta supaya dibicarakan.

Majistret Iriane Isabelo kemudian membenarkan ikat jamin RM3,000 sebelum menetapkan 17 0gos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadzillah Osman.

KAH KAH KAH

Woit… INI BETUL BETUL PELIK…. kah kah kah..

Kah kah kah… DAH SETAHUN LAKNAT INI CURI BALAK… TAK KAN TAK NAMPAK NAMPAK….kah kah kah…

Kah kah kah.... ADA YANG MASYUUK KE ?... kah kah kah

Kah kah kah…LAKNAT INI PEROSAK BUMI TUHAN…kah kah kah..

Kah kah kah… INI JENAYAH EKOLOJI TERHADAP KEMANUSIAN..kah kah kah..

Kah kah kah… THIS IS A CRIME AGAINST HUMANITY…. Kah kah kah..

Woit… LIHAT BERAPA JAMIN … 3,000 RINGGIT …APA 3000 RIBU RINGIT SAHAJA?.....kah kah kah…

Woit… BERAPA RINGGIT WANG UNTUK JAMIN PELAJAR YANG DITUDUH MENCONTENG BINI PUAKA DI UNIVERSITI MALAYA ?... kah kah kah..

Woit…KENA JAMIN 5,000 RINGGIT… FIVE THOUSAND… CINQ MILL RINGGIT… LIMA RIBU RINGGIT…. kah kah kah…

KAh kah kah... BALAK DI HUTAN KENA ROMPAK...kah kah kah..

Kah kah kah ...PASIR DI SUNGAI KENA CURI...kah kah kah...

Kah kah kah... AIR DALAM KOLAMN KENA RACUN... kah kah kah...

Kah kah kah... CAKAP KETUANAN MELAYU... TAPI HARTA MELAYU KENA REMBAT...kah kah kah

Woit… HABISLAA NEGARA KITA

Selasa, 14 Julai 2009

Selsema babi

Adakah selsema babi semakin berbahaya di negara ini???


Rabu, 8 Julai 2009

Sains dan Matematik dalam BM dan bahasa ibunda 2012: Muhyiddin


  1. PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

  2. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

  3. Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

  4. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

  5. PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

  6. Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.
    Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.
    Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwibahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.
    Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

  7. "Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.
Blog Widget by LinkWithin