Isnin, 29 Jun 2009

Status terkini 29 Jun 2009

Isnin, 22 Jun 2009

Tujuh siswa korban anti-ISA era tiga perdana menteri

ulasan Semalam satu lagi episod sedih demokrasi Malaysia.



  1. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati lima aktivis mahasiswa bersalah atas pertuduhan menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara, Jun 2001.
  2. Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris didenda RM 3,900 setiap seorang atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.
  3. ISA 7 student acquited 220405 bothredSementara dua lagi yang dituduh, Herman Shamsudeen yang kini aktif bersama Pemuda PAS dilepaskan, manakala seorang lagi Wan Sanusi Wan Mohd Noor tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.
  4. Gerakan Reformasi susulan pemecatan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai 20 September 1998 menyebabkan politik negara bergolak.
  5. Pergolakan ini, yang menyeret ribuan anak muda ke jalan-jalan raya, berterusan tanpa henti-henti walaupun selepas pilihanraya umum setahun kemudian.
  6. Pada 2000, Gerakan Reformasi meneruskan kempen bantahannya - menjelang dan selepas Anwar didapati bersalah kes kedua pada Ogos tahun itu - sehingga pilihanraya DUN Lunas mencetuskan rasa gerun kepada BN dan kerajaan pada waktu itu.
  7. Kerusi negeri itu yang selama ini dikuasai dengan selesa oleh BN berjaya dirampas oleh calon PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional) Saifuddin Nasution Ismail dalam persaingan penuh sengit dan drama.
  8. Kemenangan itu membakar semangat Gerakan Reformasi dan penyokong pakatan pembangkang, dulu dikenali Barisan Alternatif, untuk mengasak perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga awal 2001 muncul pula isu rundingan tertutup antara PAS dan Umno.
  9. Tidak mempedulikan agenda melaga-lagakan pembangkang melalui agenda muzakarah Umno-PAS, Gerakan Reformasi meneruskan perhimpunan besar pada 14 April, yang popular digelar "Gelita 14", ulang tahun kedua pemenjaraan Anwar.
  10. Gelombang besar, sekali lagi
  11. Namun bantahan itu tidak menjadi kenyataan apabila 10 orang aktivis utamanya, termasuk pemimpin Pemuda PKR, seperti seperti Saari Sungib, Ezam Mohd Noor, Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Tian Chua dan Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah ISA.
  12. Lalu ia mencetuskan gelombang besar, sekali lagi, untuk menentang ISA melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - gabungan puluhan NGO dan Barisan Alternatif - seperti yang dikenali sekarang. Sementara gerakan siswa pula menubuhkan cabang penentangannya sendiri melalui Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).
  13. Perkumpulan pelajar kecil dan besar seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi (Fraksi), Universiti Bangsar Utama (UBU), Pergerakan Demokrasi pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi (JKMM) menyertai GMMI.
  14. Serentak dengan program penentangan GMI yang meluas di seluruh negara mulai April 2001, GMMI pula menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah ISA.
  15. Pada 8 Jun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat, beberapa ratus pelajar dalam gabungan GMMI berhimpun secara aman di luar Masjid Negara sehinggalah polis bertindak menyuraikannya dan menahan tujuh orang mahasiswa.**
  16. Tujuh pelajar itu, yang digelar "ISA 7", yang sedang menuntut di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara direman selama satu hari dan dibuang dari kampus masing-masing tidak berapa lama selepas itu.
  17. ISA 7 student acquited 220405 musicalPerbicaraan awal mendapati mereka semua tidak bersalah dan dibebaskan.
  18. Namun Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan keputusan itu - walaupun banyak kes perhimpunan haram era Reformasi tidak dilangsungkan atau dilepaskan (DNAA) setelah perbicaraan seketika - dan akhirnya berjaya memaksa ketujuh-tujuh aktivis ini dibicarakan sekali lagi.
  19. Selepas genap lapan tahun, semalam 18 Jun 2009, mereka berlima yang sudah tidak lagi bergelar mahasiswa dan mungkin tidak lagi bergiat aktif dalam aktivisme politik didapati bersalah oleh mahkamah.
  20. Semalam demokrasi Malaysia dirundung malang - membukti sejauh itu negara sanggup menindas anak muda yang tidak bersalah demi memadamkan (dengan harapan) api amarah kebangkitan rakyat.
  21. Dalam tempoh lapan tahun itu, pelbagai onak dan duri ditempuh ketujuh-tujuh mahasiswa ini. Ada yang bekerja dan ada juga yang membuat perniagaan kecil-kecilan. Hanya Herman yang masih aktif berpolitik, bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
  22. Dulu masih bujang
  23. Rafzan teman rapat penulis sejak mahasiswa. Kami bersama-sama aktif bersama UBU, sebuah kumpulan anak muda dan mahasiswa yang aktif dengan aktiviti kebajikan, kebudayaan, diskusi politik dan isu semasa.
  24. Malah sewaktu beliau ditahan pada 8 Jun 2001, saya sedang berdiri di sebelahnya berunding dengan polis sebagai wakil GMMI.
  25. Ketika ditangkap dahulu, beliau masih lagi bujang. Kini Rafzan telah mempunyai seorang anak. Dengan segala susah payahnya, beliau gigih berkempen isu “ISA 7” dan hak kebebasan mahasiswa ke seluruh negara.
  26. Kesnya pernah juga dibawa ke Korea Selatan apabila Rafzan dijemput ke negara tersebut pada 2002 untuk mewakili UBU dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
  27. Pendedahan Rafzan mengenai kes “ISA 7” membuka mata masyarakat antarabangsa yang selama ini menganggap Malaysia sebuah "negara yang demokratik".
  28. Teman-teman aktivis di peringkat antarabangsa bersimpati dengan nasibnya dan enam temannya. Ada sebuah kumpulan anak muda Poland pernah menawarkan Rafzan untuk menetap dan menyambung pengajiannya di negara mereka.
  29. Namun Rafzan menolaknya kerana mahu bersama-sama enam orang teman "ISA 7" untuk melalui susah senang bersama.
  30. Mahkamah semalam penuh sesak dengan penyokong-penyokong “ISA 7”.
  31. ISA 7 student acquited 220405 hisham ezam and tianCuma Badaruddin Ismail, atau lebih manja kami panggil Pak Din - aktivis ke-10 yang diseret ke lokap ISA pada 2001, yang kelihatan hadir bagi mewakili kumpulan tahanan ISA tahun itu yang diperjuangkan oleh “ISA 7” sehingga dibuang universiti.
  32. Sembilan lagi dengan sejarah masing-masing. Ezam, Lokman dan Abdul Ghani Haron bersama Umno. Saari, yang meninggalkan PKR, kini ADUN parti Islam di Hulu Kelang.
  33. Tian dan Gobalakrishnan kini di Dewan Rakyat, sementara Raja Petra pula menghilangkan diri bersama Malaysia Today ke luar negara. Hanya Hishamuddin yang masih kekal dalam dunia penulisannya.
  34. Saksi mata, saksi mahkamah
  35. Selepas saksi mata di medan demonstrasi, penulis sendiri disapina sebagai saksi mahkamah pula kepada Rafzan tahun ini kerana terdapat banyak foto melibatkan saya yang diberikan oleh polis kepada mahkamah sebagai bukti.
  36. Dalam tempoh lapan tahun ini, sewaktu pakatan pembangkang merasai nikmat hasil kebangkitan rakyat sejak sedekad lalu, penulis terharu melihat kegigihan mereka yang masih bersama "ISA 7", khususnya peguam, yang tidak pernah berputus asa membantu walaupun khidmat mereka diberikan percuma.
  37. Peguam-peguam tersebut: Nik Mohamed Ikhwan, Lathifah Koya, Zulkiflee Omar, Amer Hamzah dan Edmond Bon. Tanpa mereka, tidak mungkin "ISA 7" bersemangat lagi untuk mengharungi kegetiran diseret arus perjuangan.
  38. Perbicaraan panjang ini bermula pada zaman Dr Mahathir. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikannya, pada 22 April 2005, mahkamah majistret telah memutuskan ketujuh-tujuh mahasiswa tersebut tidak bersalah.
  39. Semalam, ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pucuk kepemimpinan negara, mahkamah menjatuhkan hukuman.
  40. ** Kebangkitan siswa bersama GMMI dipercayai menggerunkan pihak berkuasa apabila dua lagi pemimpin mahasiswa Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, aktivis UBU yang kini pemimpin Angkatan Muda PKR, dan pemimpin siswa UM Mohd Fuad Ikhwan diseret dalam lokap ISA tidak lama selepas demonstrasi di Masjid Negara.




Amin Iskandar, penulis blog dan penggiat budaya, kini memimpin NGO pemantau pilihanraya NIEI. Beliau menerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) sesi 2009-10 untuk menjalankan kajian sistem pilihanraya di Filipina dan Indonesia.

Rabu, 17 Jun 2009

Kes tempatan pertama Influenza H1N1 dikesan

Rabu Jun 17, 2009

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencatatkan kes penularan tempatan pertama influenza A(H1N1) melibatkan seorang pelajar perempuan 17 tahun warga Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini berkata pelajar perempuan itu, yang merupakan kes ke19 positif influenza A, tidak mempunyai sejarah melawat negara yang telah diisytiharkan berlaku wabak itu.

Katanya pelajar itu menunjukkan simptom batuk dan selsema pada 14 Jun lepas, jam 9 malam dan mula demam keesokan harinya dan pada pagi 15 Jun pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada jam 10 pagi.

"Semasa penyiasatan, kes ke-19 ini melaporkan bahawa beliau adalah kontak kepada kes ke12 iaitu pelajar perubatan yang telah disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 13 Jun lepas. Namun sebelum ini beliau tidak pernah diisytiharkan sebagai salah seorang kontak kepada kes ke-12.

"Ini menyebabkan pengawasan dan kurantin awal ke atas kes ke19 ini gagal dilakukan dan menyebabkan 20 orang lagi (kontak) terdedah kepada jangkitan influenza A(H1N1)," katanya. BERNAMA

Selasa, 16 Jun 2009

H1N1

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

(diterjemah oleh Tukartiub.blogspot.com)



APA DIA SELSEMA BABI

Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.

Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.

Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.

APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:

Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.

Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.

PENGUBATAN :

Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.

MENJAUHI :

Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.

Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:

Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.

Memakai topeng muka tak ada faedah.

Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.

Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )

Video Dari Bharian.com.my



Fesyen cuti sekolah ‘rockers’ Kuantan


SEBILANGAN remaja yang berpeleseran dengan penampilan era ‘Rock Kapak’ era 1980-an ini menimbulkan rasa kurang senang warga Kuantan semalam.


KUANTAN(15jun09) – Sekali pandang, mereka umpama anggota kumpulan muzik rock yang sedang berehat sementara menunggu konsert.

Pandangan yang lebih teliti kemudiannya mengesahkan bahawa geng anak-anak muda itu bukan pemuzik tetapi remaja yang lepak menghabiskan cuti sekolah.

Jika niat mereka untuk menarik perhatian, ia ternyata berjaya.

Dengan memakai rambut palsu serta mengenakan pakaian ketat sama seperti era ‘Rock Kapak’ yang terkenal pada dekad 1980-an, kumpulan anak-anak muda itu berkumpul di tempat-tempat awam seperti di medan niaga dekat Jalan Beserah, di sini.

Namun, kehadiran mereka tidak disukai sesetengah pihak.

Ada penduduk dan peniaga mendakwa sebahagian daripada ahli kumpulan itu adalah pelajar sekolah yang biasa melepak di situ selepas sesi persekolahan.

Menurut peniaga, R.Siva, 37, kehadiran kumpulan remaja berkenaan sejak beberapa hari lalu di kawasan tersebut menyebabkan orang ramai berasa jelik.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.


ikot kepada tmpt di ambil gambar ni terletak di tepi stesen petrol BHP berhampiran MS Garden Hotel...

Rahsia Bagaimana Bangsa Jepun Yang Bodoh Bahasa Inggeris Melahirkan Banyak Pemenang Hadiah Nobel.


  • Jepun adalah negara kaya-raya, dan pada waktu yang sama ia adalah negara maju yang paling terbodoh bahasa Inggeris.
  • India pula adalah negara bukan Inggeris yang paling terpandai bahasa Inggeris, dan pada waktu yang sama India juga negara yang paling banyak mempunyai penduduk miskin, iaitu sebanyak 300 juta rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan. Jumlah 300 juta orang itu adalah sama banyak dengan separuh manusia miskin di muka bumi ini.
  • Dalam senarai pemenang Hadiah Nobel bagi tahun 2008, tidak ada seorang pun nama pemenang dari India, sebuah negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran sains dan matematik.
  • Sebaliknya, 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah bangsa Jepun dari Jepun, di mana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar seluruh sistem pendidikannya, dari tadika sampailah ke universiti.
  • Lebih hebat lagi, 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.
  • Bagaimanakah boleh berlaku di mana ramai saintis Jepun berjaya menerima Hadiah Nobel, sedangkan mereka tidak pandai menulis dalam bahasa Inggeris.
  • Lebih menghairankan lagi, banyak artikel para saintis Jepun itu telah diterbitkan pula dalam jurnal-jurnal sains antarabangsa dalam bahasa Inggeris.
  • Semakin menakjubkan lagi, apabila dibandingkan dengan artikel tulisan saintis-saintis dari negara-negara di mana kebanyakan PhDnya pandai bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris, seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Langka, Singapura, Filipina dan lain-lain, nama-nama saintis Jepun jauh lebih banyak tersenarai dalam jurnal sains antarabangsa, padahal mereka bodoh bahasa Inggeris.
  • Inilah rahsia kejayaan saintis Jepun memenangi Hadiah Nobel setiap tahun.
  • Saintis Jepun yang tidak pandai bahasa Inggeris itu menjalankan kajian saintifik mereka dan kemudian menuliskan laporannya dengan menggunakan bahasa Jepun. Oleh yang demikian, kajian-kajian yang mereka lakukan itu benar-benar asli daripada usaha sendiri disebabkan mereka tidak pandai membaca jurnal dan buku-buku Inggeris.
  • Saintis Jepun mempunyai daya kreativiti yang sangat tinggi berbanding dengan daya kreativiti saintis-saintis yang pandai bahasa Inggeris kerana disebabkan mereka tidak membaca dalam bahasa Inggeris, justeru pemikiran dan idea-idea saintis Jepun tidak terpengaruh dan tidak terbantut oleh idea-idea dan kritikan saintis di Barat.
  • Disebabkan mereka tidak takut dikritik oleh saintis Barat, mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan-penemuan baru dalam bahasa Jepun. Hasilnya, daya kreativiti saintis Jepun lebih original.
  • Selepas saintis-saintis Jepun itu menuliskan dan menerbitkan laporan hasil kajian mereka dalam jurnal-jurnal sains di Jepun, laporan itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh sebuah institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo, lalu dihantar ke jurnal-jurnal antarabangsa. Maka hasil pemikiran dan penemuan saintifik yang mereka lakukan itu pun diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

  • Mereka kemudian menerima undangan membentangkan hasil kajian mereka di seminar-seminar antarabangsa. Disebabkan saintis Jepun tidak pandai bahasa Inggeris, dalam seminar itu mereka bercakap Jepun, dan apa yang mereka percakapkan tetap dapat difahami oleh hadirin melalui perantaraan para jurubahasa ke dalam bahasa Inggeris, Peranchis, Jeman, Rusia, Arab, Cina dan Korea.
  • Apabila hadirin bertanyakan soalan kepada saintis-saintis Jepun itu, mereka tidak dapat menjawabnya kerana tidak faham bahasa Inggeris.... Itulah dia suatu bangsa di Asia yang paling bodoh bahasa Inggeris tetapi paling banyak memenangi Hadiah Nobel!
  • Di satu pihak lain, dengan meminjam bahasa Inggeris, India pula telah berjaya melahirkan paling banyak manusia miskin di muka bumi ini!
petikan dari: http://universitipts.com/

Isnin, 15 Jun 2009

penyamaran peringkat negeri pahang????



ZAID IBRAHIM - MUSANG BERBULU AYAM - ADANAN YAAKOB

MB RAPS ZAHID THE ‘WOLF IN SHEEP’S CLOTING - mkini

Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob today launched a scathing attack on former Umno leader Zaid Ibrahim's decision to join PKR.

Adnan said he was not surprised by the move, adding that Zaid was just exhibiting his 'true colours'.

"Zaid is a "wolf in sheep's clothing"... he thinks he is very smart," he was quoted as saying by Bernama.

"Before he was in the cabinet for a short duration and tried to be a champion of democracy and freedom, but see what he has done against the government," he added.

Menteri Besar Adnan Yaakob berkata Zaid Ibrahim ini menyamar macam musang berbulu ayam.

KAH KAH KAH..

woit… BETUL KE NI?... kah kah kah..

kah kah kah… SIAPA YANG SEBENARNYA MENYAMAR? ...kah kah kah…

kah kah kah… SIAPA SIANG JADI MAT DANG DUT… MALAM JADI MINAH RONGGENG…. kah kah kah
Blog Widget by LinkWithin