KUALA LUMPUR 25 Julai — Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.
Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. — Bernama
Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik) turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.
Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.
Al- Fatihah....
rujukan: utusan.com.my, mstar.com.my, dan bernama.com.my



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn lupa tinggal kan msg! tq