TAIPING: Proses pengundian tiga pilihan raya kecil serentak sudah berakhir pukul 5 petang.
Kerja-kerja mengira undi dijangka bermula dalam waktu terdekat.
Secara kasar 68 hingga 78 peratus pengundi keluar mengundi di ketiga-tiga kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
BERITA TERDAHULU
Hampir 70 peratus sudah undi, Bukit Selambau masih rendah
TAIPING: Proses pengundian ketiga-tiga pilihan raya kecil hari ini - ditutup 5 petang dengan kira-kira 70 peratus keluar setakat 4 petang. Bahagian DUN Batang Ai mencapai 73 peratus -paling tinggi berbanding dua kawasan yang lain.
Di Bukit Gantang peratusan yang direkodkan adalah 63 peratus manakala Bukit Selambau pula 61 peratus.
Angka itu diperoleh sehingga 3 hingga 4 petang.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, kehadiran terus meningkat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn lupa tinggal kan msg! tq