Selasa, 14 April 2009

Hati-hati guna Plus menghala JB

DARIPADA ceritanya, macam angin lintang, di tambah dengan keadaan jalan basah (tak mesti ada 'water pool'), wallahu a'lam.

Sebab tu daripada Air Keroh dan bbrp puluh KM ke selatan had lajunya ialah 90Km/j.

Tak tahulah di kawasan tu ada stokin berwarna oren, kalau ia melintang - horizontal, atau pokok-pokok kawasan tu menyenget, memang kena berhati-hati.

Ada beberapa bukit di tepi lebuhraya yg menjadikan corong angin di antaranya, yang melintang merentasi lebuhraya di kawasan tersebut.

Paling risiko, ia berlaku serta merta dan berulang kali (gush or gushes), kerana angin kerap berubah arah. Mungkin ahli kaji cuaca lebih tahu kot.

Memang banyak telah berlaku, kawan punya adik-beradik dengan BMW siri 7 pun pernah kena; dalam cerita tadi pun kereta Merc S350, tu Merc yg paling besar tu! (Yang besar ni biasanya ditambah dengan kelajuan lebih tinggi). Kereta dari Singapura pun ada berlaku.

Pendek kata, memang kena berhati-hati.

Kalau balik BP memang selalu keluar di susur keluar di situ (di Pagoh) .... suspense juga!

MUHAMMAD HALEEM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn lupa tinggal kan msg! tq

Blog Widget by LinkWithin